Kelas Microsoft Office Powerpoint (Aktiviti Hari Malaysia)

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 21 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Powerpoint iaitu ‘Aktiviti Hari Malaysia- Mengenali Perdana-perdana Menteri Malaysia’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas menggunakan Ms. Powerpoint untuk membuat slides perbentangan. Bersempena Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun, menjadikan kewajipan kita untuk mengenang jasa dan pergorbanan pemimpin-pemimpin dan rakyat terdahulu dalam memerdekakan dan menyatukan negeri-negeri menjadi sebuah negara yang bergelar Malaysia.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai cara-cara asas membuat dan menyediakan slides perbentangan menggunakan program Ms. Powerpoint seperti memilih layout slides yang sesuai dengan kehendak peserta, menukar jenis font serta saiznya serta memasukkan gambar yang dimuat turun dari internet ke dalam slides. Semua peserta dikehendaki membuat slides mengenai semua perdana-perdana menteri negara Malaysia yang terdahulu dan sedikit maklumat mengenai mereka. Secara tidak langsung peserta mengetahui dan lebih menghargai pengorbanan dan sejarah kemerdekaan negara Malaysia.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali